k3mb@r@ iP3nd

Monday, August 24, 2009

ANAK $0L3HAH

Tuhan!
Pimpinlah aku selalu
Di dalam kehidupanku
Aku lemah kalau Engkau
Tidak memberi kekuatan
Aku hamba-Mu memanglah sentiasa lemah
Lemah fizikal dan lemah jiwa
Dengarlah selalu,bisikan hatiku
Itulah harapanku pada-Mu
Yang selalu membuat dosa
Mengharapkan keampunan dari-Mu
Tuhan,masukkan di dalam hatiku
Takut dengan kemewahan
Kerana takut disalahgunakan
Masukkanlah ke dalam hatiku
Rasa cinta pada-Mu
Agar rasa lazat menyembah-Mu
Rahmat-Mu yang aku harapkan
Amal ibadahku,tidak memberi jaminan
Atau kemaafan-Mu yang aku pinta
Sekalipun aku tidak layak
Aku ini hamba-Mu Tuhan!
Tidak berguna,
Kerana membuat dosa setiap masa
Kutiplah aku dengan rahmat-Mu
Dan sandarkanlah aku dengan berkat
Sesiapa yang boleh menyelamatkan aku
Rahmat-Mu yang luas
Berkat melimpah ruah kepada sesiapa s
ja
Yang Engkau mahu anugerahkan

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home