k3mb@r@ iP3nd

Friday, August 28, 2009

R@MAD@N UNTUKkmi



Aku merinduimu
Kini kau kembali
Betapa girangnya hatiku
Menyambut kedatanganmu
Masih ku ingat tragedi lepas
Pemergianmu mengundang seribu kepiluan
Sebaknya dada melihat kau pergi
Aku menangis
Aku merintih
Tidak terdaya ku menghentikanmu
Dari pergi dariku
Andai diberi pilihan
Akanku mohon keberadaanmu di sisiku selamanya

Kini kau kembali
Membawa sejuta harapan
Menyinari diriku
Menerangi hatiku
Dengan keteguhan iman
Yang tiada bandingan
Kaulah harapanku
Kaulah peneguh imanku
Kaulah pengubat luka
Semoga diriku
Akan lebih berbahagia di bulanmu, RAMADHAN.........

Oleh : najw,fyka,nini

selamat menjalani ibadah berpuasa, marilah kita berlumba-lumba meraih keberkatan Ramadhan.. Semoga Ramadhan kali ini menjadi penawar pada dosa-dosa yang menghitami hati kita..sama-samalah kita manfaatkan ia sepenuhnya kerana mungkin kali ini adalah Ramadhan yang terakhir buat kita...

Bak kata sahabat saya.. Ramadhan itu senantiasa diharap kehadirannya seperti menanti kunjungan kekasih yang dirindui dan dicintai sepenuh hati..Tatkala bersua, rasa tidak mau berpisah walau sedetik..

Begitulah yang digambarkan dalam sebuah hadis riwayat Ibnu Khuzaimah, " Andai setiap hamba mengetahui apa yang tersembunyi di sebalik keberkatan Ramadhan, maka setiapnya akan berharap setahun itu adalah bulan Ramadhan..

Kata sahabat saya yang lain..
Jika HARTA ibarat RACUN, maka ZAKATlah PENAWARnya, jika UMUR membuahkan DOSA , maka TAQWA dan TAUBATlah UBATnya, jika seluruh bulan itu penuh dengan NODA, maka RAMADHANlah PEMUTIHnya..

Pendek kata, memang sangat merugikan kiranya kita membiarkan Ramadhan berlalu begitu sahaja. Gunakanlah peluang ini sebaik-baiknya untuk memperbaiki amalan-amalan kita.Selamat menjalani ibadah puasa, moga diampunkan segala dosa, dilipatgandakan ganjaran pahala di sisi Allah-salam ramadhan kareem-

Hati Adalah Radar yang Ajaib

Pernahkah anda rasa berdebar-debar, gelisah, tidak tenteram, tidak sedap hati dan sebagainya?
Semua fenomena itu sebenarnya adalah isyarat yang dipancarkan oleh hati seseorang bahawa ada sesuatu yang menjadi ancaman kepada diri manusia dan ianya dapat dikesan oleh hati.

Sabda Rasullulah s.a.w: 'Sesungguhnya di dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya. Tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Dan daging yang dimaksudkan adalah hati.'

Hati adalah ibarat raja bagi tubuh badan manusia. Di sinilah tersimpan tenaga yang hebat seperti pemikiran dan tenaga emosi. Jika hati seseorang itu diisi dengan sifat mahmudah(baik) maka hebatlah seluruh anggota badannya dan akan melahirkan seseorang yang berakhlak mulia. Jika hati telah dikotori dengan sifat mazmumah(keji) maka rosaklah peribadi dan akhlak seseorang itu.

Hati adalah radar yang hebat untuk mengesan perbuatan manusia, sama ada mengesan perkara yang baik atau buruk. Apabila kita melakukan perbuatan yang berdosa, kita akan mudah untuk rasa berdebar-debar dan cemas.Seterusnya ia akan menyebabkan kita rasa gelisah dan tertekan.

Isyarat ini sebenarnya bertujuan untuk menyuruh supaya seseorang untuk kembali pada Allah. Apabila kita memohon keampunan dan bertaubat maka hati kita akan kembali tenang.Hati yang berpenyakit dari segi batin perlu dirawat seberapa segera kerana ianya bukan sahaja memberikan kemudaratan pada ketenteraman jiwa malah boleh menyebabkan penyakit pada anggota badan.

Bagaimana hati mendapat tenaga dan kekuatan?

Makanan hati adalah taqwa kepada Allah.Zikir, membaca Al-Quran, menuntut ilmu agama, memberi zakat, bersedekah dan berbaik sangka adalah makanan hati yang enak dan lazat. Jika hati tidak diberi makan, maka seseorang itu akan menghidap penyakit batin dan zahir.Dengan cara memberikan makanan pada hati,barulah seseorang berhak untuk memperolehi kebahagiaan.

Apakah cara untuk merawat hati yang berpenyakit dan menghidupkan hati yang mati?

Caranya ialah dengan bertaubat.Meminta keampunan, mengingati kematian dan sentiasa melakukan amal kebajikan.Ini akan memulihkan dan menghidupkan semula hati.

Hanya dengan mengingati Allah seperti dalam firman Allah;

'(yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram.' (Ar-Ra'd :28)

Apabila hati kita mendustakan ayat-ayat Allah maka termasuklah kita dalam kategori hati yang berpenyakit sepertimana firmanNya;

'Dalam hati mereka ada penyakit, lalu ditambah Allah penyakitnya; dan bagi mereka siksa yang pedih, disebabkan mereka berdusta.' (Al-Baqarah:10)

Oleh itu,apabila hati kita mengesan sesuatu yang tidak menyenangkan maka marilah kita segera kembali kepada Allah sebelum hati kita menjadi keras.Ingatlah pesananNya yang bermaksud:

'Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk tunduk hati mereka mengingat Allah dan kepada kebenaran yang telah turun (kepada mereka), dan janganlah mereka seperti orang-orang yang sebelumnya telah diturunkan Al Kitab kepadanya, kemudian berlalulah masa yang panjang atas mereka lalu hati mereka menjadi keras. Dan kebanyakan di antara mereka adalah orang-orang yang fasik.'(Al-Hadid:16)

Thank You God

Thank You my God
I Thank you my God
For giving me your bounteous blessing
Allowing me to worship You my God
You are most Gracious and Most Merciful
Enabling me to talk to You oh God
Allowing me to appeal to You oh God
But when I face You,my heart is restless
Should I fail to be well mannered to You
And I start to woe
Am I deceitful in my worship to You
Its not Your blessing that I will get
But it's Your wrath that I will ceceive
Ya Rabbal'aalamin
please forgive me

Monday, August 24, 2009

ANAK $0L3HAH

Tuhan!
Pimpinlah aku selalu
Di dalam kehidupanku
Aku lemah kalau Engkau
Tidak memberi kekuatan
Aku hamba-Mu memanglah sentiasa lemah
Lemah fizikal dan lemah jiwa
Dengarlah selalu,bisikan hatiku
Itulah harapanku pada-Mu
Yang selalu membuat dosa
Mengharapkan keampunan dari-Mu
Tuhan,masukkan di dalam hatiku
Takut dengan kemewahan
Kerana takut disalahgunakan
Masukkanlah ke dalam hatiku
Rasa cinta pada-Mu
Agar rasa lazat menyembah-Mu
Rahmat-Mu yang aku harapkan
Amal ibadahku,tidak memberi jaminan
Atau kemaafan-Mu yang aku pinta
Sekalipun aku tidak layak
Aku ini hamba-Mu Tuhan!
Tidak berguna,
Kerana membuat dosa setiap masa
Kutiplah aku dengan rahmat-Mu
Dan sandarkanlah aku dengan berkat
Sesiapa yang boleh menyelamatkan aku
Rahmat-Mu yang luas
Berkat melimpah ruah kepada sesiapa s
ja
Yang Engkau mahu anugerahkan

Tuesday, August 18, 2009

Muti@ra k@t@

  • Tiga perkara yg wjib dperhtikan muslim dlm semua keadaan iaitu melksnakan sgala arhan Allah;menjauhkan diri drpada sgala yg dhrmkan Allah@reda dgn hukum@ketentuan Allah.Semua org islam perlu memikirkan 3 perkara ini dgn bertnya kpda diri,adkah ia menjadi amaln diri-SYEIKH ABDUL QADIR TAILANI.
  • Timbul kehairanan kpda kita melihat org stiap hri menyikat rmbutnya tetpi x menyikat otaknya;brusha membusung dada tetpi x membusung hati;digosok kasutnya tetapi x digosok akalnya-HAMKA
  • Solat adlah jenis zikir pling mulia@tinggi darjatnya,krana zikir diiringi dgn gerkan(badan)menggmbrkan kptuhan pling tinggi kpda Allah.Menunaikan hal yg dperinthkan@menigglkn lrgan Allah adlah sbhgian zikir kpadanya-Nya-SAID

Wednesday, August 12, 2009

KHAS UTK GURU




Berburu ke padang datar,
Dapat rusa belang kaki;
Berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi.

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetlaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di lbu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakill seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

FAKTA2 ILMU FALAK

  • Diameter bumi berukuran 12 800 km
  • Ukur lilit bumi sepanjang 40 068 km
  • Jarak dari bumi ke bulan sejauh 384 000 km
  • Jarak bumi ke bulan boleh diandaikan dengan menyusun30 bumi untuk sampai ke bulan.
  • Jarak bumi dengan matahari ialah 150 Juta km iaitu menyamai 11 760 bumi.
  • Penduduk bumi pernah mencatatkan angka 6 bilion dan orang ke 6 bilion itu lahir di Bosnia.
  • Langit disebut 360 kali di dalam al-Quran
  • Bumi disebut 461 kali di dalam al-Quran
  • Matahari disebut 33 kali di dalam al-Quran
  • Bulan disebut 27 kali di dalam al-Quran
  • Galaksi Bima Sakti (Milky Way) mengandungi 200 Bilionbintang dan matahari
  • Matahari mengambil masa 1 minit 4 saat untuk terbenam sepenuhnya
  • Bumi mengorbit matahari dengan kelajuan 30 km sesaat
  • Planet Zuhal dapat dilihat dalam keadaan yang menarik pada10 Ogos 2009
  • Matahari akan tepat berada di atas kaabah pada 28 Mei pukul 5.16 pm dan 16 Julai pukul 5.28 pm setiap tahun.(Tahun lompat 27 Mei dan 15 Julai masa yang sama)
  • Matahari akan terbit di timur benar dan terbenam di timur benar pada 21 Mac dan 23 September.
  • Semasa peristiwa Hijrah, Nabi SAW tiba di Quba padaIsnin 20 September 622 Mbersamaan 8 Rabiul awal.Jika dikebelakangkan tarikh ini, didapati 1 Muharram 0001 H jatuh pada 16 Julai 622 M (Jumaat)